Gelagat kanak-kanak yang melakukan aktiviti bermain bola ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pulau Tinggi Mersing, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 10 APRIL 2021.

Industri pelancongan negara dilihat bernafas kembali apabila kerajaan bersetuju memberi kelonggaran bagi pembukaan sektor pelancongan dan kebudayaan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan cadangan Gelembung Pelancongan Bersasar di kawasan PKPP bagi membantu memulihkan ekonomi pelancongan yang terjejas teruk selepas kerajaan melarang pergerakan rentas negeri.

Gelagat pelancong yang megambil gambar pemandangan sebagai kenangan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pulau Tinggi Mersing, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 10 APRIL 2021.
Gelagat kanak-kanak yang melakukan aktiviti riadah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pulau Tinggi Mersing, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 10 APRIL 2021.