Putera Philip.

LONDON – Upacara pengebumian suami Ratu Elizabeth II, Putera Philip yang dijadualkan minggu depan akan berlangsung dengan kawalan ketat berikutan penularan pandemik Covid-19.

Menurut jurucakap istana, tempoh berkabung ditetapkan selama lapan hari dan upacara pengebumian akan berlangsung di Gereja St George, Istana Windsor di barat London pada 17 April ini.

Kerajaan menetapkan peraturan ketat dengan hanya 30 individu saja dibenarkan memberi penghormatan terakhir pada upacara berkenaan.

Sementara itu, pegawai istana mengesahkan Putera Harry akan menghadiri upacara berkenaan tanpa isterinya yang dinasihatkan tidak melakukan perjalanan dari Amerika Syarikat kerana sedang mengandung anak kedua mereka.

Pengumuman istana itu hadir selepas putera sulung Ratu dan pewaris takhta, Putera Charles memberi penghormatan selain menzahirkan perasaan rindu kepada ayahandanya yang dipanggil ‘papa’.

“Ayahanda saya adalah individu sangat istimewa dan sudah pasti Papa akan tersentuh dengan reaksi dan kenyataan dibuat ramai orang terhadapnya dan kami sekeluarga amat berterima kasih di atas semua itu.

Putera Philip menghembuskan nafas terakhirnya pada Jumaat iaitu dua bulan sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya ke-100.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast