Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay beramah mesra bersama anak-anak yatim ketika di Program Ketua Polis Johor bersama Masyarakat sempena peringatan hari Polis ke 214 di Rumah Anak Yatim islam Ledang, Tangkak, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 10 APRIL 2021.

TANGKAK – Seorang pegawai dan tiga anggota dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Batu Pahat polis ditahan di Ibu Pejabat ditahan pada Isnin lalu kerana dipercayai melakukan pemerasan terhadap seorang pemilik kilang berjumlah RM10,000.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua mereka ditahan di IPD berkenaan kira-kira jam 5 petang.

Dalam kejadian itu, pegawai dan anggota terlibat sedang melakukan pemeriksaan pematuhan Prosuder Operasi Standart (SOP) di sebuah kilang sekitar Batu Pahat.

“Semasa pemeriksaan dilakukan, pekerja kilang tersebut cuba melarikan diri tetapi ditangkap kerana tidak patuh SOP, jadi salah seorang anggota telah beritahu kepada pemilik kilang berkenaan kalau nak settle bayar RM1,500 tetapi akhirnya setuju settle RM1,000,”Katanya ketika memberitahu media mengenai perkara itu di Tangkak, Johor.

Difahamkan, salah seorang daripada mereka telah memarahi pemilik kilang itu ekoran hanya diberi RM1,000 hingga menyebabkan pemilik kilang berkenaan membuat laporan polis.

“Saya dah arahkan mereka tangkap dan buka kertas siasatan dan akan dituduh di bawah kesalahan pemerasan.

“Itu saya katakan mereka ini bukan sahaja yang terlibatlah, mereka bukan sahaja jadi darah daging mungkin dah jadi tulang kita.

“Itu sebab mereka tak nak sedar dan tidak mengambil iktibar sebarang tindakan yang boleh mencemar imej polis,” katanya. – MalaysiaGazette