KUALA LUMPUR – Jesse Lingard terus memberi impak kepada West Ham untuk kembali melonjak ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan pasukan di tangga ketiga, Leicester 3-2 di Stadium London, sebentar tadi.
Lingard meledak dua gol pada separuh masa pertama untuk meneruskan rentak cemerlang sejak dipinjamkan oleh Manchester United, sekali gus mencerahkan peluang Hammer ke Kejuaraan Eropah pada musim panas ini bersama England.
Jarred Bowen kemudiannya meletakkan pelawat pada kedudukan selesa 3-0 selepas dua minit babak kedua bersambung namun Kelechi Iheanacho menyumbat gol pertama Leicester pada minit ke-70.
Pemain Nigeria itu sekali lagi meledak gol pada masa kecederaan namun sudah terlambat menafikan West Ham daripada meraih mata penuh.
Skuad bimbingan David Moyes itu kini ketinggalan satu mata di belakang Leicester dan satu mata mengatasi Chelsea di tangga kelima. – MalaysiaGazette