Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah South African B.1.351 Covid-19 variant
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini merekodkan peningkatan kes baharu positif Covid-19 sebanyak 450 kes berbanding semalam menjadikan 1,767 kes dicatatkan pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak merupakan negeri paling tinggi mencatatkan kes baharu dengan 607 kes.

“Angka itu diikuti dengan Selangor (483), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (133), Sabah (117) dan Kelantan (103).

“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia setakat ini sebanyak 363,940 kes kumulatif,” katanya dalam ciapan terbaru di Twitter miliknya, hari ini.

Selain itu, Pulau Pinang yang merekodkan sebanyak 92 kes, diikuti dengan Johor (74), Kedah (39), Perak (36) dan Negeri Sembilan (29).

“Ini diikuti dengan Melaka sebanyak 17 kes, Pahang (14) dan Terengganu (13), Putrajaya (7), Labuan (3) dan Perlis (0),” katanya lagi. – MalaysiaGazette