Chelsea melangkah ke pusingan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas tujuh tahun.

MADRID – Chelsea mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah walaupun tewas 0-1 kepada FC Porto dalam aksi timbal balik suku akhir pada awal pagi ini.

The Blues melangkah ke pusingan seterusnya dengan agregat 2-1 berikutan kemenangan Chelsea 2-1 pada perlawanan pertama di Lisbon.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stamford Bridge, gol Porto hanya hadir pada minit ke-93 menerusi rembatan Mehdi Taremi namun ia tidak mencukupi bagi pasukan pelawat itu untuk meneruskan saingan.

Chelsea mara ke separuh akhir untuk pertama kali dalam tempoh tujuh tahun dan ia dianggap pencapaian terbaik Pengurusnya Thomas Tuchel.

Chelsea akan berdepan sama ada Liverpool atau Real Madrid yang akan berentap pada awal pagi esok.

“Secara amnya saya tidak suka lawan pasukan dari liga yang sama di pentas antarabangsa.

“Sebagai pasukan yang sudah layak ke separuh akhir, saya bersyukur dan akan menonton aksi suku akhir kedua Liverpool menentang Real Madrid di Anfield esok.

“Liverpool pasukan kuat di halaman sendiri dan kami akan menilai perlawanan esok,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast