Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Kes baharu jangkitan positif Covid-19 terus meningkat kepada 1,889 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kembali mencatatkan kes tertinggi hari ini dengan 517 kes.

“Kes positif Covid-19 di Sarawak 489, Kelantan 226, Sabah 142, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 134, Pulau Pinang 92.

“Johor 84, Perak 56, Kedah 53, Negeri Sembilan 51, Terengganu 14, Pahang 13, Putrajaya 8, Melaka 6, Perlis 3, dan Labuan satu kes,” demikan menurut Noor Hisham.

Daripada jumlah itu, kes penularan tempatan adalah sebanyak 1,833 dengan 1689 kes melibatkan warga tempatan dan 194 bukan warganegara.

Enam kes import direkodkan hari ini melibatkan tiga warganegara dan bakinya bukan warganegara.

“Hingga kini 16,696 kes masih aktif dilaporkan di negara ini dan daripada jumlah itu 204 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 79 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya menerusi Twitter.

Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan hari ini terdapat lapan kes kematian dilaporkan membabitkan warganegara melibatkan tujuh warganegara dan satu kes bukan warganegara.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat Covid-19 di negara ini bertambah kepada 1,353 kes.

Hingga jam 12 tengah hari tadi, terdapat 1,485 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya ialah 347,780 kes atau 95.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan tujuh kluster baharu hari ini.

Sebanyak 10 kluster tamat hari ini menjadikan jumlah kluster tamat adalah 1,144.

Kluster yang masih aktif adalah 341. – MalaysiaGazette