Know It All Box merupakan kit pembelajaran selama 12 bulan.

KUALA LUMPUR – Green Bag by CIC telah memperkenalkan kit pembelajaran yang dikenali sebagai Know It All Box sebagai usaha untuk menambah baik sistem pembelajaran awal kanak-kanak agar ia menjadi lebih holistik.

Produk keluaran anak syarikat CIC, Where Leaders Are Born (CIC) itu akan dapat membantu menyediakan peluang pembelajaran yang akan merangsang minda kanak-kanak dalam lingkungan umur antara tiga hingga tujuh tahun

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Qutren Nada Ahmad berkata, Know It All Box merupakan kit pembelajaran selama 12 bulan yang mengandungi pelbagai aktiviti dan mempunyai tema yang sangat menarik kanak-kanak.

Jelas beliau, mengambil contoh sistem pembelajaran dari negara maju yang berasaskan play and learn, antara temanya ialah Yes, I Can Do It, When I Grow Up, Down On The Farm dan CIC’s Pocket, My Mother/My Queen/My Teacher& My Happiness, Food & Nutrition serta A Box To The World.

“Selain aktiviti ini berasaskan kepada eksperimen sains, lukisan dan kemahiran, selain itu, ia juga memfokus kepada 3 E iaitu experience, experiment dan exploration yang membantu kanak-kanak merasai sendiri pengalaman yang terkandung dalam kit tersebut.

“Lebih menarik, melakukan aktiviti tersebut bersama anak-anak di hujung minggu akan membantu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan selain membantu ibu bapa membimbing proses pembelajaran di rumah,” katanya.

Qutren Nada Ahmad.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kit pembelajaran baharu itu di Cyberjaya baru-baru ini.

Qutren Nada menjelaskan, Know It All Box perlu dilanggan oleh ibu bapa dengan kadar bayaran RM118 untuk hanya sebulan dengan menerima empat aktiviti di dalam kotak berkenaan.

Bagaimanapun, jika ibu bapa melanggan selama 12 bulan, kadar bayarannya hanya RM69 sahaja untuk setiap bulan, ini menunjukkan syarikat telah memberi potongan harga yang menarik untuk langganan pakej tersebut.

“Kami menyediakan 1,000 kit pembelajaran ini untuk dilanggan oleh ibu bapa, guru tadika dan juga pengasuh kanak-kanak, kami yakin ia akan mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan,” jelasnya.

Know It All Box perlu dilanggan oleh ibu bapa dengan kadar bayaran RM118 untuk hanya sebulan.

Syarikat juga mempelawa orang ramai untuk menjadi ejen perunding pendidikan untuk berkongsi ilmu melalui produk berkenaan selain menambah pendapatan tambahan bulanan.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, CIC telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan Global Art untuk menjadi rakan kerjasama dalam bidang seni kreatif.

Majlis tersebut telah disaksikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid. – MalaysiaGazette