Seorang mualaf dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini pada hari ini atas dua pertuduhan merogol pada tahun lalu.
JOHOR BAHRU – Seorang mualaf dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini pada hari ini atas dua pertuduhan merogol pada tahun lalu.Tertuduh berusia 32 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 20 tahun di sebuah hotel di Taman Skudai Baru, Skudai di sini pukul 10 malam pada 28 Julai tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 17 tahun di sebuah hotel di Taman Pertama, Kulai antara pukulĀ 7 pagi hingga 4 petang pada 7 April 2019.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol yang mana boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan Isnin ini bagi sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Aqillah Ahmad Fuad dan Siti Norliza Abdullah.- MalaysiaGazette