Syazwan Tajudin. Foto Facebook KDA FC.

KUALA LUMPUR – Pemain pertahanan tengah Kedah Darul Aman (KDA), Shazwan Tajudin selamat menjalani pembedahan ligamen lutut disebabkan kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang dialami sebelum ini.

Syazwan menjadi pemain kelima yang mengalami kecederaan ACL dalam saingan Liga Super musim ini.

Menurut ketua jurulatih Kedah, Aidil Shahrin, Syazwan mengalami kecederaan tersebut pada aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dimana pemain ini sempat beraksi sehingga minit ke-65 sebelum terpaksa dikeluarkan.

“Tetapi malangnya, ketika berdepan JDT, di mana dia melakukannya dengan amat baik untuk sekurang-kurangnya selama 65 minit, dia ditimpa kecederaan dalam perlawanan itu.

“Kami tidak dapat mengelakkannya. Ia sebahagian daripada bola sepak apabila pemain memberikan 100 peratus, kemudian terpaksa diketepikan untuk empat bulan,” kata Aidil menurut laporan Stadium Astro. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast