Anggota RELA meminta orang ramai menjaga penjarakan fizikal bagi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Malam Taman Melati, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 05 FEBRUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Biarpun penularan jangkitan Covid-19 masih belum reda namun masih ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang masih gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Semalam sahaja seramai 158 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP.

Daripada jumlah itu, seramai 131 individu dikenakan kompaun manakala 27 lagi direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (49), gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (31), tidak memakai pelitup muka (17), aktiviti pusat hiburan (tujuh) dan lain-lain (54), kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 63,809 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,317 pasukan pematuhan melibatkan 14,788 anggota telah membuat pemantauan di 4,473 pasar raya, restoran (5,109), kilang (1,944), bank (3,882), pejabat kerajaan (773) dan penjaja (4,317).

Turut dipantau ialah pasar awam/tani (2,220), tempat ibadah (3,469), tempat riadah (1,727), terminal pengangkutan darat (1,375), terminal pengangkutan air (376) dan terminal pengangkutan udara (115). – MalaysiaGazette

 

1 Komen

Comments are closed.