Kemudahan nuklear bawah tanah yang terletak di Natanz. foto Agensi

GENEVA – Iran telah memulakan proses memperkaya uranium hingga 60% ketulenan fisil di loji nuklear di atas tanah di Natanz, kata pengawas nuklear PBB pada hari Sabtu, mengesahkan kenyataan sebelumnya oleh para pegawai Iran.

Langkah itu menyulitkan perbincangan dengan kuasa-kuasa besar bagi menghidupkan semula perjanjian nuklear Iran kerana perkembangan terbaharu Iran itu merupakan langkah besar untuk menghasilkan uranium bertaraf senjata.

“Agensi hari ini mengesahkan bahawa Iran telah memulakan produksi UF6 yang diperkaya hingga 60% … di (atas tanah) Natanz Pilot Fuel Enrichment Plant,” kata Badan Tenaga Atom Antarabangsa dalam satu kenyataan.

UF6 adalah uranium hexafluoride, bentuk yang mana uranium dimasukkan ke dalam sentrifugal pengayaan.

Iran sebelum ini hanya mencapai 20% pengayaan uranium dan itu pun sudah melanggar perjanjian.

Ini kerana, Iran hanya dibenarkan memperkayakan uranium hingga 3.67% sahaja.

Tehran meningkatkan sehingga 60% sebagai tindak balas terhadap letupan yang merosakkan peralatan di pusat Loji Pengayaan Bahan Bakar bawah tanah di Natanz.

Iran mendakwa Israel sebagai pihak yang bertanggungjawab. – MalaysiaGazette