Daneesh Xavier dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh isterinya minggu lalu.

GEORGE TOWN – Seorang tukang masak dihadapkan ke Mahkamah Majistret George Town hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya pada minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Daneesh Xavier, 34 tahun selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.

Daneesh Xavier dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh isterinya minggu lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menolak isterinya S.Primila berusia 35 tahun melalui tingkap rumah dari tingkat 18 Kondominium sewaan mereka di Ayer Itam.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu sekitar tengah malam pada 10 April lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Yazid Mustaqim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret kemudian menetapkan 26 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu proses dokumentasi.

Pada 11 April lalu, MalaysiaGazette melaporkan penemuan mayat seorang wanita di atas bumbung bilik panel suis elektrik di Blok 11, Kondominium Bukit Awana, Ayer Itam merupakan mangsa bunuh yang dipercayai dilakukan oleh suami mangsa.

Pembunuhan itu terbongkar selepas polis menahan suspek yang  mengaku menolak mangsa, S. Primila, 35, dari tingkap ruang tamu di tingkat 18 kediaman mereka.- MalaysiaGazette