Foto Facebook Malaysian Hockey Confederation.

KUALA LUMPUR – Skuad hoki lelaki kebangsaan terkulai lagi pada aksi persahabatan tiga penjuru selepas tewas 1-3 kepada Great Britain di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Speedy Tiger lebih dahulu ketinggalan apabila pasukan pelawat membuka jaringan menerusi gol padang oleh Rupert Shipperley pada minit ke-35 pelawanan.

Seminit selepas itu, serangan pantas pihak lawan menyaksikan Phil Roper menjaringkan gol kedua pasukan melalui gol padang apabila beliau berjaya menguis bola menewaskan penjaga gol, Muhammad Hafizuddin Othman sekali gus meletakkan Great Britain di depan dengan 2-0.

Adam Dixon meletakkan Great Britain pada kedudukan selesa 3-0 mendahului skuad Speedy Tigers selepas menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-44.

Ini adalah kekalahan kedua Malaysia dalam seri persahabatan selepas tewas 3-0 kepada Jepun, pada Sabtu lalu. – MalaysiaGazette