Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. PIX: MalaysiaGazette Covid-19 new cases Covid-19 deaths Covid-19 clusters education
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. PIX: MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Kes positif harian Covid-19 kekal melepasi paras 2,000 dengan jumlah terbaharu hari ini sebanyak 2,341 kes dicatatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif Covid-19 adalah sebanyak 379,473 kes.

Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, Sarawak merekodkan kes harian tertinggi dengan 600 kes diikuti Selangor (539 kes) dan Kelantan, 429 kes.

Selain itu, Kuala Lumpur (344 kes); Johor (102 kes); Pulau Pinang (92 kes); Sabah (82 kes); Kedah (44 kes); Perak (34 kes); Melaka (19 kes) masing-masing 17 kes di Pahang dan Negeri Sembilan serta Terengganu (15 kes).

“Masing-masing tiga kes dilaporkan di Perlis dan Putrajaya dan hanya satu kes di Labuan satu kes dilaporkan hari ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Noor Hisham memaklumkan, pihaknya mengesan  sebanyak 15 kluster baharu Covid-19 dengan sembilan daripadanya membabitkan tempat kerja dan enam lagi berkaitan komuniti.

Katanya, kluster baharu itu dikesan di Kelantan, Sabah, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Terengganu dan Kedah.

Dr. Noor Hisham memberitahu, sebanyak 1,500 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 73 daripada 346 kluster aktif melaporkan pertambahan kes.

Jelasnya, sebanyak 10 kluster yang tamat hari ini ialah Kampung Padang Tembak, Sungai Puloh, Jalan Laksamana, Kuala Punteh, Bukit Petiti, Hulu Jerocco, Tapak Bina Jalan Vista, Kiba, Bukit Tunggal dan Jasmine Empat, menjadikan 1,154 kluster berakhir setakat ini.

Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Jalan Kempas Satu (81 kes), Abak Bon (77 kes) dan Telok Mas (45 kes). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast