Borussia Dortmund.

PARIS – Borussia Dortmund dan Bayern Munich sepakat menolak cadangan penubuhan Liga Super Eropah (ESL).

“FC Bayern tidak terlibat dengan rancangan mewujudkan Liga Super.

“Kami yakin struktur sedia ada dalam bola sepak ketika ini boleh dipercayai,” kata Pengerusi Bayern, Karl-Heinz Rummenigge dalam satu kenyataan.

Pengerusi Dortmund, Hans-Joachim Watzke pula berkata, ahli Persatuan Kelab Eropah (ECA) telah mengadakan pertemuan pada Ahad lalu.

Katanya, mereka menegaskan untuk menolak penubuhan Liga Super.

Tambahnya, dua kelab Bundesliga itu turut bersetuju dengan keputusan dalam semua perbincangan.

Pada Ahad lalu, sebanyak 12 kelab gergasi Eropah mengumumkan pelancaran penubuhan saingan ESL yang bakal diadakan pada pertengahan minggu, namun tanpa penyertaan kelab-kelab dari liga Jerman. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast