PUTRAJAYA – Antara hujah yang dikemukakan oleh pendakwaan ketika prosiding rayuan SRC International Sdn Bhd (SRC) penyewelengan dana RM42 juta di sini hari ini ialah hubungan akrab antara Datuk Seri Najib Razak dan Low Taek Jho atau Jho Low.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V. Sithambaram berkata, adalah sesuatu yang mengejutkan apabila mendakwa tidak tahu menahu tentang wang berjuta ringgit yang ada dalam akaun peribadi Najib sebaliknya menuding jari kepada Jho Low.

Menurutnya, kedua-dua mereka, Najib dan Jho Low mempunyai hubungan persabahatan akrab malah saling percaya antara satu sama lain sekitar tahun 2015 dan tahun 2016.

“Itu yang saya difahamkan, adalah sesuatu yang sungguh bahaya apabila mengatakan tidak tahu bagaimana jutaan wang itu dalam akaun peribadi.

“Walaupun perayu (Najib) mengatakan beliau tidak tahu tetapi pada masa juga telah bertindak membelanjakan wang-wang itu, juga telah mengeluarkan cek dari akaun terbabit namun beri alasan tidak tahu menahu tentang wang RM42 juta itu.

“Bagi saya itu adalah sesuatu yang sungguh lucu, comical,” katanya ketika prosiding rayuan SRC yang sudah masuk hari ke-10 di hadapan tiga panel hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera di sini hari ini.

Sambung Sithambaram, Jho Low telah berurusan dengan Ambank dengan pengetahuan Najib dengan antara peranan ahli perniagaan itu adalah sentiasa memastikan wang mencukupi untuk digunakan oleh perayu secara peribadi.

Menurutnya adalah tidak logik jika pembelaan berterusan mendakwa Jho Low telah bertindak memasukkan dana ke dalam akaun Perdana Menteri semata-mata untuk membuat Najib percaya malah menggunakan dana bukan miliknya.

1MDB
Jho Low @ Low Taek Jho

“Sebaliknya Jho Low telah diarahkan untuk memastikan akaun perayu sentiasa mempunyai dana mencukupi dan semua wang yang dimasukkan oleh Jho Low itu untuk tujuan dibelanjakan oleh perayu.

“Jika benar Najib tahu Jho Low melakukan penipuan dan penyewelengan seperti ini bukankah sudah ada siasatan terperinci serta penjelasan bagaimanakah dana bernilai RM42 telah dimanfatkan oleh Jho Low,” tegasnya.

Pada 28 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta setelah mendapati Najib bersalah.

Najib didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram serta menyalahgunakan kedudukan melibatkan wang milik SRC. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Diharap apa yang akan diputuskan nanti SELARAS @SELARI dengan apa yang telah diputuskan oleh mahkamah di Amerika Syarikat dan mahkamah di Switzerland.

Comments are closed.