Brendan Rodgers menafikan khabar angin yang mengaitkannya dengan jawatan pengurus pasukan Spurs selepas penyandangnya Mourinho dipecat Isnin lalu.

LONDON – Pengurus Leicester City Brendan Rodgers menafikan khabar angin yang mengatakan dia akan mengisi jawatan Pengerusi Tottenham Hotspurs selepas penyandangnya Jose Mourinho dipecat Isnin lalu.

Sebaliknya bekas pengurus Liverpool itu mengesahkan dia sekarang fokus sepenuhnya dalam membangunkan skuad the Foxes supaya digeruni dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Spurs kini dalam usaha memburu pengurus baharu selepas pemecatan Mourinho dari kelab London itu.

Spurs yang kini menduduki tempat ketujuh dalam carta liga akan beraksi dalam perlawanan akhir Piala Carabao menentang Manchester City Ahad ini.

Semalam Spurs mengumumkan bekas pemain tengahnya Ryan Mason sebagai ketua jurulatih interim untuk pasukan pertama sehingga akhir musim EPL 2020/2021 ini.

Di bawah kendalian Rodgers, Leicester menjadi pasukan pesaing empat terbaik EPL dan  mencipta sejarah melangkah ke pusingan akhir Piala FA selepas 52 tahun.

Rodgers mengemudi pasukan itu di King Power Stadium sejak Februari 2019 dan berhajat meneruskan proses pembangunan itu.

“Spekulasi sentiasa tersebar dan setiap tugasan yang datang akan sentiasa dikaitkan dengan pelbagai pengurus kelab.

“Tottenham adalah kelab terbaik dan besar namun fokus saya kini sepenuhnya atas pasukan ini sebab saya berada di kelab yang mempunyai fasiliti latihan bertaraf dunia.

“Projek yang kami mulakan bersama the Foxes masih belum terlaksana, dan kami masih mahu meneruskan kerja pembangunan yang dirancang untuk pasukan ini,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast