Mason

LONDON – Ryan Mason diumumkan sebagai ketua jurulatih interim untuk pasukan Tottenham Hotspur sehingga akhir musim ini.

Pemilihan sementara itu diumumkan oleh pengurusan tertinggi kelab itu sehingga  pengganti tetap yang ditinggalkan oleh Jose Mourinho yang telah dipecat Isnin lalu dicari.

Bekas pemain tengah Spurs berusia 29 tahun itu bersara dari bola sepak pada 2018 selepas mengalami kecederaan keretakan pada tengkorak.

Dia kini melatih pasukan akademi Tottenham Hotspur.

Mason mengambil alih sesi kejurulatihan pasukan pertama pada Isnin selepas Mourinho meninggalkan kelab itu.

“Ia bukan lagi menjadi rahsia betapa kuat sayang dan taat saya kepada kelab ini dan bangga dipilih menguruskan pasukan pertama.

“Saya menghabiskan 20 tahun bersama pasukan ini, ia sentiasa di hati dan darah saya.

“Saya merasai keakraban dengan penyokong kelab ini dan akan mencurahkan segala kemahiran saya untuk kejayaan pasukan ini,” katanya.-MalaysiaGazette