Kompaun RM 10,000 yang dikeluarkan oleh PKD Pekan kepada Pengerusi Masjid Sri Maulana, Pekan.

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Awam (Cuepacs) menggesa semua pihak tidak menjadikan tindakan kompaun yang dikenakan ke atas sebuah masjid di Pekan, Pahang sebagai isu dengan menyebarkan maklumat yang tidak tepat hingga mencetuskan kegelisahan awam, sekali gus menyukarkan tugas-tugas penjawat awam.

Presidennya, Adnan Mat berkata, pihaknya tekah menerima aduan perkara itu sehingga mengakibatkan seorang penjawat awam yang mengeluarkan kompaun tersebut telah menjadi mangsa buli dan kecaman di media sosial tanpa sebarang pembelaan yang sewajarnya.

Lebih menyedihkan apabila serangan tersebut turut dilakukan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tanpa melakukan semakan fakta dan kronologi kes yang tepat terlebih dahulu hingga mendedahkan mangsa, Zuharnan Rashid, sorang Pegawai Kesihatan Persekitaran di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan lebih banyak serangan dan kecaman tidak berasas sehingga ruang peribadinya turut diceroboh.

”Tindakan tersebut sebenarnya telah mengganggu tugas seorang penjawat awam yang hanya bertindak demi memastikan kepatuhan masyarakat terhadap undang-undang yang dikuatkuasakan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Adnan berkata, Cuepacs pada peringkat awal memberikan ruang kepada Zurharnan dan jabatan berkenaan untuk menyelesaikan isu ini kerana berpendapat keadaan dan situasi pada masa tersebut dapat diselesaikan dengan baik antara pihak masjid, PKD dan masyarakat awam.

Adnan Mat

Bagaimanapun isu ini dilihat semakin tidak terkawal berikutan penyebaran maklumat yang tidak tepat telah mengakibatkan Zurharnan dipersalahkan 100% dalam isu tersebut.

Berdasarkan kronologi kes, Cuepacs difahamkan keputusan kompaun tersebut dibuat dengan penglibatan pelbagai ketua jabatan kerajaan termasuk ketua kadi daerah dan keputusan kompaun dibuat berikutan terdapat kes positif Covid-19 melibatkan ahli kariah masjid terbabit.

Apabila hendak dilakukan penjejakan kontak, berlaku kesukaran kepada pihak berkuasa kerana ramai jawatankuasa masjid dan juga jemaah yang hadir tidak merekod kehadiran nereka dalam buku kehadiran serta menggunakan aplikasi MySejahtera.

“Kalau ikutkan kesalahan tersebut boleh dikenakan secara individu dan akan mengakibatkan ramai jemaah tetapi keputusan telah diambil untuk hanya mengeluarkan satu kompaun sahaja kepada jawatankuasa masjid sebagai pengajaran kepada masjid-masjid lain dan bukan untuk tujuan aniaya.

”Semasa keputusan tersebut diambil tuan kadi daerah juga turut menyatakan tiada halangan termasuklah ketua-ketua jabatan lain yang turut hadir, ianya sebagai pengajaran kepada masjid-masjid lain di daerah Pekan tetapi tidak menyangka perkara ini (notis kompaun) telah diviralkan ke merata tempat,” jelas beliau.

Adnan berkata, sebagai NGO dan individu yang bertanggungjawab, semua pihak wajar mendapatkan maklumat yang tepat dari sumber sahih sebelum membuat kenyataan berbentuk serangan.

Tuduhan yang tidak berasas bukan sahaja mencetuskan perdebatan awam, tetapi memberi kesan buruk kepada perkhidmatan awam sekiranya tuduhan tersebut tidak benar.

”Hentikan serangan bersifat peribadi kepada anggota perkhidmatan awam kerana setiap tindakan yang dibuat adalah berlandaskan kepada peraturan dan undang-undang sedia ada bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

”Cuepacs juga memohon supaya Kementerian Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang atau Pengerusi Task Force Covid-19 daerah Pekan tampil memberikan penjelasan sebenar dalam isu ini agar nama saudara Zurharnan dapat dibersihkan dan beliau tidak lagi diserang oleh beberapa pihak termasuk NGO yang tidak tahu kisah sebenar di sebalik apa yg berlaku,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Masjid Sri Maulana tidak patuh SOP dikompaun RM10,000

4 Komen

  1. Ini bkn kes buli tp sifat sorg yg beragama Islam yg harus peka dan dan cakna kpd sesuatu perkara yg sensitif kpd umat Islam..amatlah malang jika tindakan diambil hanya kerana ingin menjaga periuk nasi seolah2 Allah itu zalim kpd makhluk ciptaanNya. Seharusnya ada sifat tolak ansur dlm setiap hal terutama melibatkan sensitiviti Agama Islam.

  2. Tetapi masa saman tersebut sudah nampak ada yang tidak kena..itu sebab netizen yg HATInya ada NUR Islam mempersoalkan.
    Kalau seseorang itu tiada ‘ Nur ‘ Islam tidak berasa apa2 .
    Jangan memberi pelbagai alasan kalau jabatan tersebut menyedari ada kesilapan dengan menuding jari ke arah orang lain..Perlu ingat bila menuding 1 jari penunjuk kepada orang tanpa sedar 4 jari menunding ke arah sendiri.

Comments are closed.