Keluarga Glazers bersedia melepaskan pemilikan kelab Mancester United dengan tawaran berjumlah 4 Bilion Pound kepada mana-mana pelabur yang berwibawa di Old Trafford.

LONDON – Pemilik Manchester United, keluarga Glazers menuntut £4 bilion untuk menjual kelab tersebut.

Pemilik warga Amerika yang dilanda kontroversi menerusi projek Liga Super Europa (ESL) tidak melayan sebarang bidaan di bawah £3 bilion untuk melepaskan kelab itu.

Bagaimanapun keputusan Glazers mengheret the Red Devils menyertai ESL tidak berjaya mengakibatkan hubungannya dengan penyokong retak.

Berikutan itu penyokong mendesak Glazers menjual kelab itu.

Laporan di England mendakwa tawaran £4 bilion dianggap memadai untuk memastikan keluarga Glazers melepaskan pemilikan kelab itu.

Glazers bersama Presiden Real Madrid, Florentino Perez serta pemilik Arsenal dan Liverpool didakwa berkompplot mengheret kelab mereka menyertai ESL.

ESL telah menerima reaksi dan kritikan negatif dalam kalangan peminat bola sepak Eropah, pengulas sukan dan Perdana Menteri, Boris Johnson.

Keluarga Glazers secara terbuka menerusi satu kenyataan memohon maaf kepada penyokong United di atas kesilapan mereka.

Sementara itu, Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mahu menggantung 11 kelab bola sepak elit Eropah, termasuk enam kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), daripada beraksi dalam Liga Juara-Juara musim ini.

Presiden UEFA, Aleksander Ceferin mendakwa kelab-kelab terbabit nyaris menghancurkan sejah bola sepak menerusi projek ESL. – MalaysiaGazette