Foto talkSPORT.

LONDON – Watford tidak menunggu lama untuk mengikut jejak Norwich City kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan selaku dua pasukan teratas Liga Kejuaraan.

Kemenangan 1-0 ke atas Millwall awal pagi tadi membawa anak-anak buah Xisco Munoz kembali ke kancah liga utama dengan mengumpul 88 mata.

Mereka tidak mampu dipintas pasukan tangga ketiga, Brentford yang ditinggalkan dengan 10 mata ketika saingan berbaki tiga perlawanan.

Sepakan penalti Ismaila Sarr memberikan Watford permulaan cemerlang tapi mereka dipaksa bertahan dalam aksi mendebarkan sehingga tamat perlawanan.

Sebelum pelantikan Munoz pada 20 Disember, Watford seakan sukar untuk layak secara automatik di bawah kendalian Vladimir Ivic.

Bagaimanapun, dengan 17 kemenangan dalam 24 perlawanan telah membolehkan mereka mengatasi Brentford. – MalaysiaGazette