Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin bercakap kepada media selepas melakukan tinjauan tahap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di Bazar Bandar Baru Ampang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 26 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Guru-guru diingatkan supaya menjaga bahasa dan cara penyampaian ketika mengajar, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Jelasnya, mereka tidak seharusnya bertindak secara tidak sensitif terhadap suatu isu yang diutarakan.

“Sekarang dunia bercakap tentang kesamarataan jadi tidak harus ini diperlakukan.

“Jadi ianya bermula dari sekolah cikgu-cikgu juga harus peka dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG ) dan perkembangan dunia, jadi bahasa mereka dan penyampaian  mereka perlu berhati-hati.

“Tidak boleh seksis, berat sebelah kepada jantina, “ katanya kepada pemberita selepas meninjau pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di Bazar Bandar Baru Ampang, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang didakwa bergurau keterlaluan apabila menggalakkan pelajar-pelajarnya melakukan perbuatan merogol.

Menurut pengguna Twitter bernama Ain, kejadian itu berlaku pada 23 April 2021 ketika sedang mengikuti mata pelajaran tersebut dengan guru lelaki berkenaan.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, guru-guru juga harus peka isu sensitiviti jantina. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast