Bailly sambung kontrak bersama Manchester United sehingga 2024.

LONDON – Eric Bailly disahkan telah menadatangani kontrak baharu berjangka panjang bersama Manchester United.

Manchester United turut menyatakan pemain itu telah menandatangani kontrak baharu untuk kekal sehingga 2024 di Theatre of Dreams.

Pemain Ivory Coast itu menyertai Old Trafford dengan nilai £30 juta dari Villareal pada tshun 2016.

Kontrak Bailly masih berbaki 15 bulan bersama Theatre of Dreams sebelum pengurusan kelab mengesahkan pihaknya mahu mengekalkan khidmatnya lebih lama di Old Trafford.

Khabar angin bertiup kencang kononnya Manchester United sudah bersedia untuk menjual pemain yang dilanda krisis kecederaan itu.

Namun Bailly meluahkan hasratnya kepada pengurus pasukan Ole Gunnar Solskjaer mengenai peluang dia dalam kelab serta rancangannya untuk membarisi benteng pertahanan pasukan bersama Victor Lindelof dan Harry Maguire.

“Saya sangat gembira melanjutkan kontrak bersama Red Devils.

“Itu keputusan yang saya tidak perlu berfikir panjang sebab saya sayangb kelab ini dan suka bermain untuk kelab ini dengan lencana di dada, begitu juga perasaan ahli keluarga saya.

“Saya kini bebas sepenuhnya dari sebarang kecederaan dan sudah bersedia untuk diturunkan atas padang bila-bila masa sahaja.

“Kontrak baharu umpama cabaran baharu dan saya bersiap sedia untuk menghadapinya,” tegas pemain berusia 27 tahun itu.-MalaysiaGazette