Tunku Ismail Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Pemilik skuad Harimau Selatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim beranggapan kekalahan mengejut pasukan itu di tangan Terengganu FC (TFC) bukanlah sebagai satu perkara yang besar.

Menerusi Instagram miliknya,, Tunku Ismail menegaskan apa yang lebih penting adalah pasukan itu terus gah dengan pelbagai rekod yang sudah dicipta dan ketika ini masih belum dapat diatasi oleh mana-mana pasukan sekalipun.

Jelas beliau, satu kekalahan terbabit tidak akan menjejaskan agenda pasukan itu selepas cemerlang melakar rekod tanpa kalah selama dua tahun.

“Kekalahan adalah small hiccups. Yang penting kami masih wujud, record-record kami belum ada mana-mana pasukan pecahkan. Kami masih di sini dan our agenda is clear. Dua tahun tak kalah. Kekalahan akan berlaku, tak menang piala akan berlaku.

“Tetapi club, assets dan pencapaian masih wujud dan kekal. Semangat kami adalah anda, apabila kami menang, terima kasih kepada anda. Apabila kami kalah, minta maaf kami telah cuba beri yang terbaik,” kata Tunku Ismail.

Last sekali kepada penyokong kami dan penyokong bola sepak tanah air. Saya masih hidup. JDT will always remain the biggest. Nak bunuh JDT, kena matikan TMJ dahulu.

Well semua sedia maklum itu bukan mudah. To JDT, ini bukan kali pertama kita kalah, so relax. Kepada yang benci kami, good luck.” – MalaysiaGazette