Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO meminta segelintir pemimpin-pemimpin UMNO sudah-sudahlah mengadu-domba dan mencetuskan persepsi kepada parti tersebut.

Datuk Asyraf Wajdi Dasuki menegaskan, Perhimpunan Agong UMNO sebagai platform tertinggi parti telah pun buat ketetapan ‘No DAP, N0 PKR, N0 PPBM!’.

Beliau turut mengingatkan bahawa rakyat sudah tidak mahu dengar lagi cerita politik dalaman UMNO.

Sebaliknya, Asyraf meminta pemimpin-pemimpin parti itu cuba menyelami isu rakyat.

”Rakyat susah nak cari makan! Rakyat marah dilayani ‘dwi-standard’ dalam SOP dan Kompaun!

”Rakyat kecewa ketika mereka mengikat perut, ada pemimpin masih berjoli sakan!

”Rakyat resah tak boleh bersama keluarga di kampung menyambut lebaran!,” katanya.

Menurut beliau, kalau masih ada sekelumit perasaan simpati dan belum ‘mati rasa’, fokuslah agenda bantu rakyat dan berani bersuara bagi menggemakan denyut nadi mereka.

Paling tidak, lebih baik berdiam diri dan fokus mengejar pahala berganda di bulan penuh barakah dan maghfirah Ramadan al Mubarak, ujarnya. – MalaysiaGazette

Jangan heret Wanita UMNO dalam kancah politik tidak sihat – Noraini

2 Komen

  1. Pertama sekali Dr. Wajdi kena ambil tindakan tegas kepada exco Pemuda dulu…iaitu papa Gomo…dia ni yg duk hari menghentam dan mengadu domba parti…

  2. Alahai.. wajdi ni pun boleh kata hari2 keluar statement kat media. Lebih kurang saja adu domba. Bezanya sorg adu domba. Sorg lagi bodek bos tarak obat.

Comments are closed.