Pemilik Butik Al Ajmal, Rozita Mat Reshad menyusun telekung jualannya di Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 26 MAC

KUALA LUMPUR – Bantuan tunai Geran Khas Prihatin (GKP) tiga peringkat sejak tahun lalu menjadi penyelamat kepada kelangsungan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro di negara ini.

Inisiatif itu jelas meringankan beban PKS yang berdepan masalah pusingan modal, pendapatan berkurangan dan kehabisan modal gara-gara penularan Covid-19.
Apa yang pasti, GKP memberi nafas baharu kepada PKS untuk meneruskan perniagaan mereka yang terjejas.

Bantuan berterusan secara berperingkat sejak Jun tahun lalu diikuti GKP 2.0 dan GKP 3.0 sebagai tambahan, membuktikan kerajaan serius meringankan beban dialami PKS.

Usahawan telekung, Rozita Mat Reshad melahirkan rasa syukur kerana GKP telah banyak membantunya untuk membuat pemasaran dalam talian.

Bagi wanita berusia 49 tahun ini, bantuan yang muncul ketika dia dalam kesusahan membolehkan dia ‘bernafas semula’ selepas jualan bisnesnya menjunam ketika PKP.

Pemilik Butik Al Ajmal, Rozita Mat Reshad

“Syukur Alhamdulillah kerana GKP dapat bantu butik saya sekurang-kurang untuk buat iklan dalam talian apatah lagi masa PKP simpanan saya semakin berkurang dan hilang sumber pendapatan.

“Saya memang tidak menyangka kerajaan begitu prihatin kepada golongan peniaga kecil seperti kami untuk meneruskan perniagaan,” katanya terharu.

“Insya-Allah diharap semua usahawan yang mendapat bantaun GKP akan menggunakan wang itu sebaik-baiknya,” ” katanya yang mula membuka butik sejak tahun 2013 selepas 16 tahun bergelar guru.

Pemilik Butik Al Ajmal, Rozita Mat Reshad bersyukur kerana Geran Khas Prihatin membantu beliau membuat promosi jualan menerusi dalam talian.

Pemilik Butik Al Ajmal, Rozita Mat Reshad bersyukur kerana Geran Khas Prihatin membantu beliau membuat promosi jualan menerusi dalam talian.

Menurut Rozita pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kedua pada awal tahun ini turut memberi kesan kepada perniagaannya biar pun tidak seteruk pada peringkat pertama.

Beliau berkata, perniagaannya yang baru hidup kembali selepas menerima impak negatif sepanjang 2020, sekali lagi berdepan dengan rintangan.

“Tetapi langkah pantas kerajaan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) memberi kelegaan kepada peniaga.

“Bantuan seperti ini memang ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh peniaga kerana membuka ruang membantu kami dalam kewangan perniagaan,” katanya.

GKP diperkenalkan kerajaan di bawah pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) PKS Tambahan pada Jun lalu untuk membantu peniaga-peniaga mikro yang terkesan dengan penularan Covid-19 sejak PKP dikuatkuasakan Mac tahun lalu.

Menerusi GKP 1.0, peniaga mikro menerima one-off sebanyak RM3,000 seorang dan ia diteruskan dengan pemberian GKP 2.0 yang disasarkan kepada lebih ramai peniaga mikro yang belum menerima bantuan tersebut.

Pemberian bantuan menerusi GKP Tambahan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) diteruskan dan yang terbaharu GKP 3.0 diumumkan Perdana Menteri di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) pada 17 Mac lalu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast