MGPrihatin: Wahai Anakku Haziq…Deritamu Adalah Dosa-dosaku

Hati ibu mana tidak luluh melihat anaknya yang dulu ceria dan aktif kini hanya mampu terbaring lesu selepas disahkan mengalami ketumbuhan otak sejak berusia tujuh tahun.

Sebagai seorang ibu yang setiap hari melihat kesakitan anaknya, doa Zuraida Majid tidak pernah putus agar Allah memberi keajaiban supaya anaknya, Khairul Haziq Dinzly Khairuddin, 10, diberi kesembuhan.