KOTA BHARU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Dr Yusnan Yusof, meninggal dunia di kediamannya di sini awal pagi tadi.

Allahyarham, 53, menghembuskan nafas terakhir pada 2.28 pagi di kediamannya di Melor.

Perkara berkenaan disahkan seorang daripada anak Allahyarham, Mohd Auzaie dalam hantaran di laman Facebook menerusi akaun DrYusnan Albadar.

“Dukacita dimaklumkan bahawa baba Dr Yusnan Albadar telah pergi menghadap Ilahi pada 2.28 pagi,” katanya.

Turut dimaklumkan bahawa solat jenazah diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Pondok Haji Hassan, Ketereh. – Bernama