Messi kecewa selepas Granada meraikan gol kemenangan mereka dalam aksi La Liga di Nou Camp pagi tadi.

MADRID – Barcelona terlepas peluang untuk menerajui Liga Liga apabila tewas 1-2 di tangan Granada di Nou Camp awal pagi tadi.

Lionel Messi meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-23 hasil hantaran Antoine Griezmann.

Barcelona bagaimanapun terlepas beberapa peluang untuk menggandakan gol.

Namun pada separuh masa kedua Granada menyamakan kedudukan menerusi gol Darwin Machis pada minit ke-63.

Pemain gantian Granada, Jorge Molina mengejutkan tuan rumah dengan gol kedua pasukan pelawat pada minit ke-79.

Ia merupakan kemenangan pertama Granada di Nou Camp.

Dengan kekalahan itu the Catalans kini menduduki ditangga ketiga liga dengan 71 mata, kurang dua mata daripada pendahulu Atletico Madrid selepas mengharungi 33 perlawanan. -MalaysiaGazette