Selebriti dan Ketua Pegawai Eksekutif of The Noor, Noor Neelofa Mohd Noor semasa hadir ke Majlis MOU antara Fipper dan The Noor di Ballroom 2, Putrajaya Marriot Hotel, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 05 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa, 32, mengesahkan dirinya bukan lagi duta jenama aksesori mewah antarabangsa, Swarovski.

Melalui ciapan di Twitter, Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, menjelaskan kontraknya bersama Swarovski tamat pada Disember lalu.

“Salam. Kontrak saya bersama Swarovski berakhir pada Disember 2020.

“Tetapi kami mempunyai hubungan yang baik dan kekal seperti itu. Harap ini menjelaskan,” katanya.

Kenyataan ringkas Neelofa ini dipercayai berpunca ciapan seorang pengguna Twitter yang menyentuh soal kontrak Neelofa bersama jenama berkenaan.

Difahamkan, ia merujuk kes perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membabitkan selebriti itu.

Jenama aksesori mewah itu kemudian melayangkan jawapan berbunyi:

“Terima kasih kerana menghubungi kami. Kami boleh mengesahkan bahawa kami tidak lagi bekerja dengan Neelofa.”

Neelofa mengikat kontrak bersama Swavorski pada 2018.

Selasa lalu, Neelofa dan suami, Haris Ismail masing-masing dikenakan kompaun RM20,000 dan RM10,000 selain ahli keluarga RM30,000 kerana melanggar SOP PKPB membabitkan majlis pernikahan dan larangan rentas negeri. – MalaysiaGazete

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast