Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. PIX: MalaysiaGazette Covid-19 new cases Covid-19 deaths Covid-19 clusters education
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. PIX: MalaysiaGazette

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan mengesan 14 kluster baharu jangkitan Covid-19 pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia membabitkan empat kluster komuniti, tempat kerja dan sektor pendidikan selain satu kluster institusi KPM serta dua kluster keagamaan.

Katanya, kluster komuniti adalah kluter Sungai Nirai, Sarawak; Umas, Sabah; Seri Jeti, Melaka dan Jalan Sepat di Perak.

“Kluster tempat kerja ialah Kluster Jalan garuda di Johor, Jlan Sungai sembilang di Selangor, Jalan Kilang Dua di Sabah dan Durin di sarawak.

“Manakala dua kluster keagamaan yang dimaksudkan adalah Sebatu dan Air Budi di Melaka.

“Sementara itu, kluster pendidikan adalah Lestari Perdana Tujuh di Selangor, Saujana di Terengganu, Persiaran Sinaran Ilmu di Johor dan Kluster Institusi Pendidikan KPM di Long Jegan, Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari in i.

Tambah Dr. Noor Hisham, setakat ini sejumlah 1,669 kluster dilaporkan di dalam negara dan jumlah kluster yang ditamatkan adalah 1,274 kluster termasuk sembilan kluster yang tamat pada hari ini.

Kluster yang tamat hari ini ialah Kluster Jalan Sulaiman, Kluster Jalan Tanjung Kidurong, Kluster Rajang, Kluster Sinsingon, Kluster Jalan Merpati, Kluster Jalan Tanjung, Kluster Beringin, Kluster Jalan Bandar Sembilan, dan Kluster Jalan SC Satu.

Ujar beliau, jumlah kluster aktif adalah 395 kluster manakala jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini adalah 80 kluster.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Pagar Sri Lalang (78 kes), Kluster Jalan Kempas Satu (62 kes), dan Kluster Long Jegan (51 kes),” ujarnya. – MalaysiaGazette