Pau Torres akan melengkapkan perpindahan ke Old trafford sebelum Euro 2020 membuka tirai 14 Jun ini.

LONDON – Manchester United dilaporkan berjaya mendapatkan khidmat pemain Villarreal, Pau Torres.

Laporan media Sepanyol menyatakan pasukan itu dalam proses memuktamadkan pembelian pemain tersebut sebelum kempen Euro 2020 bermula.

Pengurusnya, Ole Gunnar Solskjaer difahamkan telah memberi keutamaan untuk merekrut bek pertahanan baharu untuk musim depan.

Turut disenarai pendek, pemain Sevilla, Jules Kounde dan bintang Real Madrid, Rafael Varane.

Namun, berdasarkan laporan program Radio Sepanyol, El Larguero menyatakan United akan melengkapkan perpindahan itu sebelum Torres sebelum Sepanyol bertemu Sweden pada Euro 2020 pada 14 Jun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast