ACP Mohamad Noor Yusof Ali bersama anggota IPD Kuantan dalam operasi pemantauan SOP di Bazar Aidilfitri Stadium Darul Makmur.

KUANTAN – Tindakan rasional diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan mengeluarkan amaran selama 15 minit sebelum mengeluarkan kompaun kepada pesalah yang ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) di bazar Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, langkah proaktif tersebut diambil bagi memberi penringatan kepada orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan patuh kepada arahan yang diberikan.

“Malam ini operasi bukan nak ambil tindakan atau mencari kesalahan, banyak kali lihat pihak penguasa tidak beri dah ruang peluang.

“Memasuki hari ke-408 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sampai bila kita asyik nak beri amaran sahaja?” katanya.

Para pengunjung mengambil peluang membeli barang persiapan menyambut Aidilfitri pada minggu ketiga Ramadhan.

Bagaimanapun PDRM akan memberi peringatan terakhir secara berterusan sebelum mengambil tindakan dengan mengeluarkan kompaun.

“Saya telah memberi peringatan kepada anggota kereta peronda supaya membuat pengumuman menerusi kereta MPV dalam masa 10 hingga 15 minit.

“Selepas itu, pihak kami akan datang semula untuk pemantauan, dan sekiranya tidak patuh akan diambil tindakan kompaun,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kuantan beramah mesra dengan maskot ‘Spiderman’

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa operasi pematuhan SOP di Bazar Aidilfitri Stadium Darul Makmur malam tadi,

Ketika operasi Mohamad Noor dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan sempat menasihati pengunjung bazar Aidilfitri supaya menjaga keselamatan di samping mengedarkan risalah ‘Bersama Membanteras Jenayah’.

Terdahulu beliau mengingatkan pengunjung dan peniaga untuk mematuhi SOP yang ditetapkan.

Dalam pada itu, katanya penganjur, peniaga dan pengunjung akan diambil tindakan kompaun mengikut garis panduan yang dikeluarkan (MKN) sekiranya gagal mematuhi SOP.

ARTIKEL BERKAITAN

Bazar Aidilfitri di Pahang boleh beroperasi sehingga 2 pagi

Pusat Maklumat Rakyat Kuantan tawar daftar vaksin secara manual

“Sudah tentu penganjur juga akan dikena tindakan selain daripada orang awam, pembeli dan pengunjung berikutan mereka telah membuat akur janji bagi memastikan kebenaran yang diberikan digunakan sebaiknya.” – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Betul ke ada bg amaran..mustahil ramai x dgr.amaran yg diberi..mcm x betul jer

  2. Kompoun pertama adalah amaran untuk meninggikan kompoun yang berulang kali baru pengingkar SOP reti bahasa merayu kurangkan kompoun kepada pesakit pandemic yang perlukan banyak wang membiayai rawatan perubatan ingat free jer ke?

Comments are closed.