Zulkifli Mohamad Al-Bakri

KUALA LUMPUR – Wakaf merupakan permulaan kepada perkembangan ekonomi ummah yang perlu diamalkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal- Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Berikutan itu, usaha pihak  untuk mempromosikan dan mengembangkan wakaf dalam negara perlu dicontohi, ujarnya.

“Ini menggambarkan keadaan seiring ekonomi semasa. Sudah sampai masanya kita meneroka bidang yang keperluan hidup sudah tentu memberi kebaikan kepda penduduk tempatan dan pelabur-pelabur yakni mewakafkan hartanya,” kata.

Beliau menyatakan demikian ketika melancarkan Waqaf ASEAN Mall 2021 di Menara Arina Uniti, di sini, hari ini.

Waqaf ASEAN Mall merupakan pusat membeli belah di Patani, Thailand yang dibangunkan melalui model pelaburan wakaf untuk membantu usahawan pelbagai negara dan negara ASEAN.

Dalam masa yang sama, Zulkifli turut melancarkan Kempen One Day One Waqaf Info (ODOWI) untuk memperluaskan maklumat mengenai waqaf menerusi atas talian.

Ia bertujuan menyebarkan kefahaman berkenaan wakaf kepada masyarakat dengan menggunakan laras bahasa yang lebih mudah dan difahami selain berasaskan dalil-dalil rujukan sahih.

Usaha Waqaf ASEAN Mall dan ODOWI itu digerakkan oleh Presiden Uniti Asia Business Group merangkap Datuk Jamal Mohd Amin.

Terdahulu Jamal berkata, kira-kira 30 usahawan ASEAN telah mendapat manfaat daripada kewujudan Waqaf ASEAN Mall.

Selain itu, beliau turut memaklumkan, 200 pewakaf dari pelabagai negara telah berwakaf secara tunai dan melakukan pelaburan menerusi projek berkenaan.

“Antara orang yang masuk pelabur dan ada yang semata-mata hanya mahu wakaf,“ katanya sambil menambah Waqaf ASEAN Mall mula beroperasi pada bulan Ramadan ini. – MalaysiaGazette