manchester United tidak akan memberi laluan mudah kepada jirannya Manchester City untuk bergelar juara EPL malam ini.

LONDON – Manchester City boleh dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini sekiranya Liverpool boleh menewaskan musuh tradisinya. Manchester United di Old Trafford hari ini.

Penentuan gelaran the Citizens kini terletak dalam keputusan menang kalah the Red Devils.

Skuad Pep Guardiola menang 2-0 ke atas Crystal Palace semalam untuk mengukuhkan genggaman mereka untuk mempertahankan gelaran untuk musim ketiga berturut-turut.

City dan skuad Ole Gunnar Solskjaer hanya dipisahkan dengan 10 mata.

Sekiranya Red Devils menang di Old Trafford menentang musuh mereka Liverpool malam ini, Man City perlu menunggu sehingga 8 Mei ini untuk mengesahkan gelarannya ketika menentang Chelsea di Etihad.

Red Devils juga tidak mahu memberi laluan mudah untuk Man City menjulang piala EPL.

Malah kelebihan berentap di halaman sendiri menunjukkan skuad Solskjaer akan mengesahkan tiga mata penuh menentang musuh tradisinya itu untuk terus memberi tekanan dan melambatkan proses Man City dinobatkan sebagai juara EPL musim ini.- MalaysiaGazette