Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR – ”Sekiranya perintah kawalan pergerakan yang ketat diperlukan untuk menyelamatkan nyawa, biarlah ia dilaksanakan buat kali terakhir tetapi berkesan dengan memastikan orang ramai juga memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan peraturan yang dikuatkuasakan,” titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Tegas baginda, agensi penguatkuasaan perlu bertindak lebih tegas dan adil terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Ini kerana, kita tidak boleh membiarkan keadaan menjadi tidak terkawal seperti yang sedang berlaku di India sekarang,” titah baginda lagi yang menyifatkan negara sudah berada tahap sangat kritikal.

Menurut baginda, jumlah kes tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan dan beberapa negeri, termasuk Johor yang kini menjadi negeri berisiko tinggi.

”Setiap kali apabila kita merasakan bahawa keadaan mula pulih dari penularan Covid-19, namun sebaliknya jumlah kes yang dicatatkan kembali meningkat lagi. Umpama mula menimbulkan rasa putus asa dan tiada kepedulian lagi,” titah Sultan Ibrahim.

Tambah baginda, rakyat tidak boleh mengabaikan SOP walaupun mereka telah menerima suntikan vaksin terhadap virus tersebut.

Baginda menasihatkan setiap orang sentiasa beringat untuk menjaga diri dan satu sama lain kerana ada sesetengah rakyat memandang ringan SOP dan bersikap seolah-olah wabak itu sudah berakhir.

Titah baginda, sikap berbahaya ini hanya akan menambah lagi beban kemudahan penjagaan kesihatan kita.

”Walaupun sistem penjagaan kesihatan kita diurus tadbir dengan baik, namun semuanya mempunyai batas.

”Jika beban yang terpaksa ditanggung menjadi keterlaluan, pasti akan membawa akibat yang tidak dapat dibayangkan,” titah baginda sambil menggesa rakyat Johor agar segera mendaftar untuk menerima suntikan vaksin.

Menurut baginda, Percayalah kepada pakar kesihatan yang sahih, bukan khabar angin.

”Sebagai Sultan Johor, saya amat mengambil berat akan kebajikan dan keselamatan Bangsa Johor. Saya tidak mahu lagi mendengar kisah sedih keluarga yang kehilangan ahli mereka yang tersayang akibat wabak ini,” titah baginda.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Kerajaan sudah tidak boleh buat apa? Kompaun tinggi2 rakyat bising, buat PKP pun rakyat bising sebab perut perlu diisi, sekurang-kurangnya rakyat sudah sedar mereka hidup di kelilingi virus covid, redo sahajalah kalau sudah terkena, nak salahkan orang lain pun tidak boleh sebab salah sendirii tidak patuh SOP. Menteri pun terkena covid. Kita bukan ulat yang boleh duduk dalam batu pun hidup. Cuma patuhlah SOP seperti Doktor Norhisham yang masib kebal dari virus Covid walaupun selalu menghadap mangsa covid.

  2. Masalahnya masih ada yang tak reti bahasa istilah tawakkal dengan berulang kali dikompaun ingkar SOP.

Comments are closed.