LONDON – Tottenham Hotspurs mula mempamerkan aksi sebenar apabila menang 4-0 ke atas Sheffield United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam.
Dalam aksi malam tadi, Gareth Bale yang sering diasingkan oleh bekas bekas pengurus, Jose Mourinho melakukan jaringan hatrick bagi mencerahkan peluang pasukannya beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Bale berkata, dia kini gembira dan selesa bermain di bawah pengurus sementara, Ryan Mason.
Sejak kembali ke White Hart Lane secara pinjaman pada Ogos tahun lalu, Bale menjadi tonggak serangan Spurs.
Gandingkan Bale, Harry Kane, Heung-Min Son, Dele Alli dan Giovani Lo Celso mula menampakkan kesan.
Ditanya mengenai taktik permainan yang diserapkan Mason, Bale berkata, ia memberi ruang menyerang yang lebih efektif.
“Malah ia memberi peluang untuk kami mencipta lebih banyak gol.
“Perubahan memang tidak akan berlaku sekelip mata, ia akan mengambil masa untuk kami terus mempamerkan aksi yang konsisten,” katanya. – MalaysiaGazette