Norizam Tukiman.

KUALA LUMPUR – Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau mesra dengan panggilan Zamsaham melebarkan sayap ke negara jiran apabila beliau menjadi pemilik baharu kelab Indonesia, PSPS Riau.

Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna laman media sosial Twitter apabila Norizam dilihat menghadiri majlis menandatangani dokumen di Riau baru-baru ini.

Peminat di Indonesia mengenali Zamsaham sebagai individu yang menyelamatkan Kelantan dari krisis kewangan yang telah membelenggu pasukan sejak sekian lama.

Rata-rata peminat PSPS berharap agar Zamsaham dapat mengulangi perkara yang beliau lakukan bersama Kelantan sebelum ini kerana kelab itu sentiasa berdepan dengan isu tunggakan gaji.

Sebelum ini, PSPS merupakan kelab pertama yang disertai oleh pemain import Terengganu ketika ini iaitu Makan Konate ketika memulakan karier di Indonesia. – MalaysiaGazette