Enam daerah di Selangor dikenakan PKP mulai Khamis ini.

KUALA LUMPUR – Enam daerah di Selangor diletakkan bawah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu mulai 6 hingga 17 Mei ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, enam kawasan itu ialah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Kata beliau, tiga jajahan lagi iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih berada bawah PKP Bersyarat (PKPB).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob MCO burger seller stall RM50,000 compound Wan Mohd Faisal Wan Kadir
Ismail Sabri Yaakob

“Menteri Besar dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor telah membentangkan cadangan kepada MKN pusat untuk melaksanakan PKP di negeri itu.

“Setelah merujuk kepada laporan MKN dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), Mesyuarat Khas Covid-19 bersetuju melaksanakan PKP ke atas enam dari sembilan daerah di Selangor mulai Khamis ini.

“Pelaksanaan PKP ini berikutan kes positif Covid-19 di kawasan berkenaan naik mendadak dan tindakan proaktif diambil bagi mengawal penularan wabak ini,” katanya dalam sidang media di hari ini.

Menurut Ismail Sabri, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi sejak beberapa minggu lalu menyaksikan pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan sama sekali kecuali kes kecemasan seperti kematian, kerja dan sebagainya.

Kata beliau, SOP PKP di enam jajahan ini sama seperti kawasan lain yang dikenakan PKP.

Bagaimanapun, katanya, aktiviti ekonomi masih dibenarkan dengan SOP yang ketat seperti premis makanan, restoran, food truck dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 12 malam sahaja.

“Kedai runcit, kedai serbaneka, farmasi dan stesen minyak beroperasi dari jam 6 pagi sampai 10 malam manakala stesen minyak di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam.

“Begitu juga pasar harian, pasar tani boleh beroperasi dari jam 6 pagi hingga 2 petang manakala bazar Ramadan akan beroperasi mengikut SOP ketat.

“Namun begitu, aktiviti sosial tidak dibenarkan,” katanya. – MalaysiaGazette