KUALA LUMPUR – Pemain import kelahiran Ghana, Nana Poku yang sebelum ini beraksi bersama UiTM FC bakal menjadi pilihan Perak dalam usaha menyelamatkan kelab tersebut daripada zon penyingkiran.

Ejen pemain berusia 28 tahun itu sudah memberikan bayangan jelas kehadiran Poku ke Stadium Perak biarpun belum terdapat pengesahan rasmi dikeluarkan laman sosial Perak berhubung perkara tersebut.

Poku turut kelihatan bergambar bersama ketua jurulatih Perak, Chong Yee Fatt yang mahu menyelesaikan masalah ketumpulan jentera serangan yang dihadapi Perak.

Seperti diketahui, Poku sebelum ini beraksi bersama UiTM FC tetapi sumbangannya dilihat kurang berkesan berikutan dia hanya mampu menjaringkan dua gol.

Lebih menarik, dua gol tersebut terhasil ketika UiTM berkunjung ke Ipoh bagi berhadapan Perak yang mana skuad bimbingan Yee Fatt itu bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menang 3-2.

Sebelum bersama UiTM FC, Nana Poku pernah beraksi dalam saingan di Mesir Qatar, Emiriah Arab Bersatu dan memulakan karier profesional di negara kelahirannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast