Baru-baru ini majlis tahnik anak lelaki Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Muhammad Afwa yang dianjurkan pada 26 April lalu tular di media sosial kerana didakwa tidak mengikut SOP termasuk berlakunya aktiviti rentas negeri melibatkan pendakwah bebas dari Terengganu, Ustaz Azhar Idrus.

KUALA LUMPUR – Polis selesai merakam keterangan lapan individu termasuk penganjur majlis tahnik anak seorang selebriti terkemuka tanah air berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamed Farouk Esha berkata, kesemua lapan individu terbabit hadir memberi keterangan hari ini bagi membantu siasatan.

“Untuk makluman, sehingga kini, pihak polis Ampang Jaya telah merakam keterangan dari lapan individu termasuk penganjur.

“Kes masih lagi dalam siasatan. Pihak polis masih lagi dalam tindakan mengesan dan akan memanggil semua individu yang berkaitan dengan kes untuk dirakam keterangannya,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini majlis tahnik anak lelaki Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Muhammad Afwa yang dianjurkan pada 26 April lalu tular di media sosial kerana didakwa tidak mengikut SOP termasuk berlakunya aktiviti rentas negeri melibatkan pendakwah bebas dari Terengganu, Ustaz Azhar Idrus. – MalaysiaGazette