MEXICO CITY – Mexico akan menghukum pihak yang bertanggungjawab atas runtuhan laluan tren metro yang mengorbankan sekurang-kurangnya 24 orang dan mencederakan puluhan mangsa lagi.
Kejadian itu berlaku ketika kereta api di laluan metro terbaharu Mexico City runtuh dan menyebabkan kenderaan itu terjatih di atas jalan raya yang sibuk.
Diiringi pegawai- pegawai yang terlibat dalam pembinaan dan penyelenggaraan saluran metro bertingkat yang runtuh itu,
“Tidak siapa pun yang terkecuali daripada hukuman,” katanya pada sidang akhbar.
Tragedi itu telah menimbulkan tanda tanya mengenai tahap keselamatan salah satu sistem metro yang paling sibuk di dunia.
Metro itu membawa berjuta-juta penduduk setiap hari.
Siasatan akan dilakukan oleh pejabat Peguam Negara dan juruaudit luar, kata kerajaan.
Laluan yang runtuh itu adalah sebahagian Linea 12, penambahan jaringan yang disiapkan kurang dari satu dekad yang lalu dan pernah didakwa dengan tuduhan rasuah dan kelemahan struktur.
Pada tahun 2014, hanya dua tahun selepas dibuka, beberapa stesen talian ditutup semula untuk kerja-kerja pembaikan struktur.
Linea 12 dibina oleh sebuah konsortium CARSO Infraestructura y Construccion, S.A.B. de C.V (CCICSA), sebuah syarikat yang dikendalikan oleh keluarga hartawan Mexico, Carlos Slim, Grupo ICA Mexico dan anak syarikat Alstom SA Perancis. – MalaysiaGazette















