Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mayat seorang bayi lelaki ditemui di bawah jenjantas di Jalan Jepun, Kampung Delek, Klang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, bayi berkenaan ditemui kira-kira 10 meter dari landasan kereta api berhampiran Taman Muhammad Yamin Klang.

“Unit D10 forensik IPK Selangor di ketuai telah hadir ke tempat kejadian. Hasil pemeriksaan mendapati bayi lelaki cukup sifat panjang anggaran kurang dari dua kaki bertali pusat.

“Bayi dijangkakan dibuang ke lokasi kejadian sekitar dua hari dan keadaan bayi juga telah di hurung semut,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Mayat bayi telah di hantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

Sebelum itu, polis menerima laporan mengenai penemuan mayat itu oleh seorang pengawal keselamatan.

Siasatan dan usaha mengesan suspek diteruskan, kata Shamsul Amar.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast