KUALA LUMPUR – Sesi percubaan suntikan vaksin Astrazeneca kepada beberapa individu yang dibuat sebelum ini tidak menunjukkan sebarang simptom sakit kepala yang teruk.
Menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, setakat ini penerima suntikan vaksin Astrazeneca hanya didapati mengalami demam biasa sahaja.
“Pada sesi percubaan yang dibuat sebelum ini didapati simptom paling teruk demam sahaja,” katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
Khairy meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang menjadi salah satu daripada empat PPV untuk vaksin Astrazeneca.
Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menasihatkan penerima-penerima vaksin Astrazeneca agar memantau kesihatan masing-masing.
Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette