Tindakan Eden Hazard berjenaka dengan bekas rakan sepasukannya dari Chelsea, Kurt Zouma dan Edouard Mendy mencetuskan kecaman dan kemarahan penyokong tegar Real Madrid di Sepanyol selepas tewas dalam separuh akhir kedua awal pagi tadi.

LONDON – Eden Hazard menjadi buruan penyokong Real Madrid selepas Los Blancos kalah mengejut kepada Chelsea dalam slot ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Selepas perlawanan itu, Eden Hazard telah pergi kepada rakan-rakan kenalannya dalam pasukan Chelsea dan berjenaka di atas padang.

Tindakan pemain itu dikritik hebat oelh penyokong tegas skuad kendalian Zinedine Zidane.

Malah ada juga pemain mendesak pemain itu dipecat dan dijual kepada Chelsea.

Justeru ada juga yang mengutuk tindakan pemain itu sebagai biadab dan tidak menghormati sentimen penyokong kelab La Liga Sepanyol itu dan tidak layak menyarung jersi the Whites.

The Blues kendalian Thomas Tuchel berjaya menundukkan juara 13 kali itu dengan agregat 3-1 dalam aksi timbal balik separuh akhir itu untuk melangkah ke perlawanan akhir selepas lapan tahun menjulang piala itu pertama kali.

Gol Timo Werner dan Mason Mount berjaya memastikan the Blues akan menentang Manchester City yang mencipta sejarah tersendiri pertama kali mara ke pusingan akhir dalam penyertaan sejak lima tahun lalu.-MalaysiaGazette