Pengarah Urusan Bliese, Mohd. Suhaimi Saiful mengagihkan bubur lambuk kepada kakitangan Malaysia Gazette semasa di Majlis agihan Bubur Lambuk Bliese dan sesi serahan sumbangan Bliesematic untuk program CSR MG Prihatin 2021 ketika di Bliese (M) Sdn Bhd, Taman Perindustrian Tiong Nam, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 07 MEI 2021.

SHAH ALAM – Pengeluar pewangi serbaguna, Bliese (M) Sdn Bhd merupakan antara syarikat Bumiputera terawal yang menjalinkan kerjasama dengan MalaysiaGazette bagi menjayakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat.

Menurut Pengarah Urusannya, Mohd. Suhaimi Saiful, kerjasama menerusi program MG Prihatin bukan kali pertama dilakukan bahkan ia berlanjutan hampir dua tahun lalu sejak awal penubuhan Bliese.

“Dalam banyak-banyak media, MalaysiaGazette pertama datang sokong kita ketika penubuhan Bliese sejak 18 bulan lalu. Bagi program bersama MG Prihatin pula merupakan kali pertama kita beri sokongan kepada media ini.

“Kami melihat MG adalah platform digital media terbaik untuk mempromosikan jenama Bliese walaupun kami tidak tertumpu sepenuhnya kepada promosi produk kami.

Pengarah Urusan Bliese, Mohd. Suhaimi Saiful mengagihkan bubur lambuk kepada kakitangan semasa di Majlis agihan Bubur Lambuk Bliese dan sesi serahan sumbangan Bliesematic untuk program CSR MG Prihatin 2021 ketika di Bliese (M) Sdn Bhd, Taman Perindustrian Tiong Nam, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 07 MEI 2021.

“Bermula Julai tahun ini kita akan menggiatkan usaha mempromosikan jenama produk pewangi serbaguna kami di pasaran tempatan,” katanya ditemui MalaysiaGazette di pejabat Bliese di Kawasan Perindustrian Tiong Nam Seksyen 15 di sini, hari ini.

Bagi program MG Prihatin tahun ini, Bliese berbesar hati memberi tajaan berbentuk produk Bliesematic dan wang tunai berjumlah RM5,000 untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan.

Kerjasama dijalinkan bagi menjayakan program MG Prihatin untuk membantu meringankan beban mereka yang memerlukan sempena bulan Ramadan dan Syawal.

Pengarah Urusan Bliese, Mohd. Suhaimi Saiful memberikan bubur lambuk kepada orang awam semasa di Majlis agihan Bubur Lambuk Bliese dan sesi serahan sumbangan Bliesematic untuk program CSR MG Prihatin 2021 ketika di Bazar Ramadan Kompleks PKNS, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 07 MEI 2021.

Dalam usaha menceriakan warga kota yang mula menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini hingga 16 Mei ini, Bliese turut mengagihkan lebih 800 bekas bubur lambuk kepada warga Shah Alam di sekitar Kompleks PKNS dan Master Stokis Bliese sekitar Lembah Klang untuk diedarkan di kawasan masing-masing.

“Ini kali pertama kita buat bubur lambuk, yang buat pula seorang yang memang pakar dari kampung di Rantau Panjang, Klang.

“Walaupun ramai buat bubur lambuk, tapi dia punya resepi lain sikit, sebab itu kami panggil datang sini. Keistimewaan bubur lambuk ini tidak menggunakan udang kering, sebaliknya udang segar sebagai ramuan istimewa.

“Bubur lambuk ini simbolik dengan bulan Ramadan, apatah lagi ketika orang ramai sedang berdepan dengan pandemik Covid-19,” katanya.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, sasaran komuniti MG Prihatin adalah golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan bantuan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

MalaysiaGazette masih mengalu-alukan tajaan dan sumbangan daripada individu-individu dan syarikat korporat yang mahu bersama-sama menyertai MG Prihatin.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat MalaysiaGazette di talian 03-9054 8842.  – MalaysiaGazette