Espira Sri Petaling (ESP) memperkenalkan menu istimewa yang boleh dipesan secara atas talian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.

KUALA LUMPUR – Berita gembira buat mereka yang tidak dapat berbuka puasa di hotel apabila Espira Sri Petaling (ESP) memperkenalkan menu istimewa yang boleh dipesan secara tempahan telefon sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.

Dikenali Hotel Sri Petaling sebelum ini, ESP dalam satu kenyataan berkata, orang ramai boleh menikmati pelbagai juadah secara pandu lalu, bawa pulang dan penghantaran.

“Pelbagai menu disediakan dengan harga serendah RM3. Tempahan bermula hari ini hingga 11 Mei ini dari pukul 4 petang hingga 7 petang.

“Caj penghantaran tertakluk kepada kadar penghantaran yang telah ditetapkan oleh Lalamove,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara menu yang ditawarkan adalah aneka sup seperti ayam, lembu dan kambing, laksa kari Penang, set ikan bakar antaranya talapia, kembung dan kerisi.

Menu lain adalah mee goreng, kuetiau goreng, nasi goreng ikan masing dan teh ais padu.

Sementara itu, untuk tempahan atau pertanyaan lebih lanjut, boleh hubungi talian di 0 9058 2323 atau Whatsapp di +6017390 5835.

Diurus sepenuhnya oleh Attana Hotels & Resorts Sdn Bhd yang dahulunya dikenali sebagai PNB Management Services Sdn Berhad merupakan anak syarikat kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB).

ESP terletak berdekat Stadium Nasional Bukit Jalil dan Arena Axiata yang sering menjadi tumpuan kejohanan sukan dan acara hiburan di Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette