Hazard minta maaf atas perbuatannya berjenaka dengan pemain chelsea tanpa mengambil serius kekalahan pasukannya Real Madrid dalam misi ke final Liga-Juara Eropah musim ini.

MADRID – Bintang Real Madrid, Eden Hazard akhirnya memohon maaf kepada para penyokong tegar Los Blancos selepas dikritik hebat perbuatannya berjenaka dengan rakan Chelsea.

Tindakan Hazard selepas The Galacticos kendalian Zinedine Zidane tewas kepada the Blues dalam aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah musim ini Khamis lalu mengundang kecaman sehingga ada penyokong mahu pemain itu dipecat dari kelab La Liga tersebut.

Bekas pemain Chelsea berusia 30 tahun itu didesak minta maaf kepada jutaan penyokong tegar Real Madrid sejak semalam selepas perbuatannya berjenaka dengan pemain Chelsea selepas pasukannya gagal ke perlawanan akhir kali ini.

Hazard dalam status Instagram peribadinya menjelaskan dia tidak mempunyai niat menghina penyokong Real Madrid.

Hazard telah dikeluarkan sebelum 90 minit tamat kerana gagal membawa impak di atas padang untuk membantu pasukan menjaringkan gol menentang Chelsea mengakibatkan pasukan yang pernah menjulang gelaran itu sebanyak 13 kali setakat ini tersungkur di Stamford Bridge dengan agregat 3-1.

Hazard juga menjelaskan dia menyertai Santiago Bernabeu untuk menjulang seberapa banyak piala yang boleh namun hanya menjaringkan 4 gol dalam 40 penampilan bersama kelab itu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast