Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi melihat jenis ikan segar semasa mengadakan lawatan gerai jualan selepas Program Jualan Prihatin Raya di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 07 MEI 2021.

PUTRAJAYA – Meskipun bukan termasuk antara kegiatan ekonomi penting (essential), namun keputusan kerajaan membenarkan 38 jenis perniagaan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibuat adalah untuk memastikan kelangsungan pekerjaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya bukan sahaja perlu memastikan kelangsungan perniagaan terjamin ketika penularan wabak Covid-19, namun kebajikan rakyat juga perlu dijaga. 

Tambah beliau, adalah penting memastikan rakyat masih mempunyai pekerjaan untuk menanggung kehidupan, lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri yang berbaki beberapa hari sahaja lagi.

“Kita benarkan walaupun bukan essential, tapi ingat mungkin perabot bukan essential tapi menjelang hari raya ada juga yang perlu beli. Emas bukan essential tapi ingat kami mahu menjaga kelangsungan perniagaan sebab kelangsungan perniagaan melangsungkan pekerjaan.

“Kita tidak mahu mereka yang bekerja, mengharapkan gaji dan upah semasa kerja, kalau premis tidak dibenarkan buka kemungkinan perniagaan itu terjejas, tutup dan orang kehilangan kerja.

“Jadi mungkin emas bukan essential tapi pekerjaan itu essential (perlu) kepada mereka yang memerlukan untuk mendapat gaji, menyara kos hidup mereka,” katanya selepas majlis Perasmian Jualan Prihatin Raya (JPR) di Anjung Seri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Ppengguna hari ini.

Sebelum ini warganet mempertikaikan tindakan membenarkan kerajaan membenar 38 jenis perniagaan bukan essential beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan di beberapa kawasab, termasuk Selangor dan Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut Alexander berkata, selain memastikan kelangsungan pekerjaan rakyat, keputusan membenarkan 38 jenis perniagaan dibuat berdasarkan hasil pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dianggapnya memuaskan dalam kalangan pengusaha perniagaan.

Kata beliau, sebanyak 520,028 premis bersamaan 98 peratus yang mematuhi SOP.

“Yang penting dari tahun lalu sehingga sekarang dengan data yang ada, kepatuhan SOP amat tinggi di kalangan sektor peruncitan dan sebagainya sebab itulah kami berani membenarkan 38 jenis perniagaan dibuka semasa PKP,” jelas beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. org meniaga pun kira bekerja jgk,
    nak tlg org tlg betul2,
    jgn bg alasan mengarut semata2 utk membenarkan apa yg tidak adil,

  2. Kalau mcm tu punya alasan..kenapa nak bg kategori essential? Buka je lah semua perniagaan sebab semua org perlukan duit…jgnlah double standard..bengong betul

  3. Benarkan sahaja semua peniaga ramadhan di buka di tepi jalan atau di hadapan rumah, bukan di kawasan khas. Sekurangnya peniaga boleh meneruskan perniagaan mereka.Di harap pbt tidak tegas sangat pada waktu ini.

  4. Warga asing yang sepatutnya kerja 3D pun diizinkan berniaga untung lumayan bersaing dengan warga tempatan macam si Long Burma di Bukit Gambir tu. Padahnya talibarut pengganas PKM pun disanjung hormat sebagai warganegara tempatan. Nasib baik aku tak jadi kadet Wataniah dulu.

Comments are closed.